lagu

whatsapp

Khamis, 7 Mei 2020

Travelog Adi Bin Zulkhairi

       Assalamualaikum. Nama Saya Adi Bin Zulkhairi dan saya akan menceritakan tentang pengalaman cuti saya di Outward Bound Malaysia, Lumut, Perak pada 23 hingga 30 November 2019. Outward Bound ialah kem aktiviti luar rumah yang ditubuhkan di United Kingdom oleh Kurt Hahn dan Lawrence Holt pada tahun 1941. Di Malaysia pula, kem ini ditubuhkan di Lumut, Perak pada tahun 1954. Terdapat pelbagai jenis kursus yang ditawarkan seperti "Classic Course", "Youth Adventure Camp" dan "Children Adventure Camp" bagi peserta merasai pengalaman aktiviti-aktiviti lasak, memupuk semangat kerjasama antara peserta dan mengenalpasti potensi diri sendiri. Saya menyertai "Youth Adventure Camp" . 

Hari Pertama:

       Pada jam 10 pagi, 23 November, saya menaiki bas Plusliner dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur ke Stesen Bas Lumut, Perak perjalanan mengambil masa 3 jam setengah. Apabila saya sampai, seorang ahli kakitangan Outward Bound menjemput saya dan peserta lain yang menaiki bas ke sana menggunakan van rasmi mereka. Apabila saya tiba di kem utama Outward Bound, saya diberitahu untuk ke dewan utama untuk pendaftaran dan sesi taklimat dari pengarah aktiviti kem. Selepas itu, kami dibahagikan mengikut kumpulan yang ditetapkan untuk menyerahkan gajet, makanan ringan dan bahan berbahaya seperti pisau dan pemetik api kepada jurulatih kumpulan kami. Selepas semua barang larangan diserahkan, kami dibawa sekitar kem dan diperkenalkan nama setiap bangunan dan fungsinya. Saya sangat terpegun apabila melihat beberapa bangunan lama yang dibina sejak tahun 1954 kukuh dan berfungsi dengan baik. Pada pendapat saya, bangunan-bangunan ini dijaga dengan baik sebagai salah satu cara untuk tempat ini menjaga identiti mereka. Kemudian, kami diberi asrama dan kami dibenarkan untuk berehat dan bersiap untuk makan malam.Selepas makan malam, kami mengadakan sesi berkenalan dengan ahli kumpulan lain dan pelatih kami.

Hari Kedua:

        Pada jam 6 pagi, kami berkumpul di padang untuk perhimpunan harian sebelum ke dewan makan untuk sarapan pagi. Selepas sarapan, kami diajar cara-cara membina khemah, membuat simpulan dan menyalakan api. Sebelum makan tengah hari, kami dibenarkan untuk pulang ke asrama untuk menyalin pakaian ke pakaian berenang. Selepas makan tengah hari, kami dilatih cara-cara berkayak dan apa yang perlu dilakukan pada setiap situasi. Selepas latihan, kami dibenarkan untuk berehat dan menyalin pakaian untuk makan malam. Selepas makan malam kami diberi taklimat tentang ekspedisi ke Teluk Sekadeh menaiki kayak. Selepas taklimat tersebut, kami ke stor untuk mengambil barang keperluan untuk ekspedisi pada keesokan harinya. Pada malam itu, kami mengemas pakaian dan barang persendirian kami sebagai persediaan untuk aktiviti keesokan harinya.

Hari Ketiga:

        Selepas sarapan, kami memulakan aktiviti kayak ke Teluk Sekadeh. Kami mengambil masa 7 jam kerana melawan arus laut. Apabila kami sampai ke Teluk Sekadeh, kami mula membahagikan tugasan seperti mengumpul kayu api, memasang khemah dan memasak. Saya mengambil tugasan untuk memasak. Setelah selesai makan tengah hari, kami mengambil giliran untuk mandi, menyalin pakaian dan berehat. Setelah puas berehat kami mengambil giliran untuk melakukan aktiviti rappelling yang sangat menyeronokkan dan menyebabkan hati saya berdebar. Selepas aktiviti rappelling, kami berehat sambil menunggu rakan-rakan kami untuk menyiapkan aktiviti mereka dan sambil itu saya dengan bantuan beberapa orang rakan-rakan memasak makan malam. Selepas makan malam, kami berbincang tentang aktiviti yang kami lakukan pada hari itu bersama jurulatih kumpulan kami lalu dibenarkan untuk tidur tetapi harus ada beberapa orang yang perlu bergilir untuk berjaga dan melindung tapak perkemahan dan makanan kami dari haiwan liar. 

Hari Keempat:

        Keesokan harinya selepas sarapan, kami mengemas semua peralatan dan membersihkan kawasan perkhemahan kami. Apabila selesai, kami terus mula berkayak pulang ke kem utama. Perjalanan menjadi lebih mudah dan pantas kerana kami mengikut arus laut. Setelah sampai ke kem, kami dibenarkan untuk berehat dan bersiap untuk makan tengah hari. Pada petang itu, kami membuat latihan navigasi menggunakan kompas. Selepas makan malam, kami diberikan taklimat untuk ekspedisi ke Teluk Batik. 

Hari Kelima:

        Keesokan harinya selepas sarapan, kami melakukan senaman ringan sebelum melakukan ekspidisi. Kami mengambil masa sekitar 8 jam untuk ke destinasi kami. Setelah kami sampai ke destinasi kami, kami mengulang rutin yang sama seperti ekspidisi ke Teluk Sekadeh.

Hari Keenam:

       Selepas sarapan, kami pulang ke kem menggunakan jalan pintas yang mengambil masa kurang dari 1 jam untuk sampai ke kem. Apabila kami tiba di kem, kami terus mencuci peralatan perkhemahan. Selepas mencuci peralatan kami dapat pulang ke asrama untuk berehat dan bersedia untuk makan malam. Selepas makan malam, kami berlatih menyanyikan lagu-lagu Outward Bound.

Hari Ketujuh:

        Hari kami dimulai dengan taklimat tentang aktiviti seterusnya iaitu Solo Camping yang menguji semula kesemua yang telah dipelajari ketika ekspedisi sebelum ini. Kami diarahkan untuk membina khemah secara bersendirian dan terasing antara satu sama lain sekurang-kurangnya 10 meter. Kami tidak dibenarkan untuk melawat khemah rakan-rakan yang lain sepenjang aktiviti berlangsung. 

Hari Kelapan:

        Kami diberikan keperluan untuk memasak dan terus ke hutan yang berdekatan dan diberikan kawasan yang tertentu untuk setiap individu. Apabila saya diberikan kawasan saya, saya terus membersihkan kawasan yang saya hendak meletakkan khemah saya dan kawasan api. Seterusnya saya mengutip kayu dan ranting kering untuk menjadi kayu api.Malam itu, makanan yang saya terima ialah sardin di dalam tin dan nasi beserta serbuk nescafe. Pada malam itu, saya mengalami beberapa perkara yang aneh seperti saya ada terlihat cahaya berkelip-kelip (keesokan harinya, seorang ahli kumpulan saya memberitahu saya cahaya tersebut ialah dia berlari-lari mengeliling api kerana dia takut dengan lipas.🀣)

Hari Kesembilan:

      Pada pagi itu selepas solat subuh, saya mengemaskan tempat dan khemah saya lalu menunggu pelatih dan rakan-rakan saya untuk pulang ke kem. Tetapi sebelum kami pulang ke kem, kami diberi peluang untuk melakukan aktiviti Flying Fox yang sangat seronok dan merupakan pengalaman yang indah.Pada malam itu, kami mengadakan barbeku dan kesemua ibu bapa dijemput untuk menghadiri barbeku tersebut. Pada barbeku itu, saya menjadi salah seorang dari dua pengacar majlis. Malam barbeku itu sungguh menyeronokkan dengan persembahan semua kumpulan.
      

Hari Terakhir:

     Pada hari terakhir, kami bersiap untuk pulang ke rumah sebelum perhimpunan. Selepas itu, kami ke dewan utama untuk mendengar ucapan lalu kami diberi lencana besi yang mempunyai logo Outward Bound.Kemudian saya dihantar ke stesen bas menggunakan van rasmi Outward Bound. Saya menaiki bas Arwana Express ke NU Sentral.
 
Kesimpulan:

     Di Outward Bound saya dapat mempelajari tentang kerjasama dan memahami maksud peribahasa "Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing" iaitu berkerjasama dengan lebih mendalam dan kepentingannya terutamanya apabila berkayak dan merentas hutan untuk ke destinasi kami. 

Terima kasih kerana membaca blog saya dan sila tinggalkan komen dibawah.πŸ–πŸ˜€πŸ‘
Hell Yeah Pointer 2

49 ulasan:

  1. Pengembaraan yang sangat menakjubkan ! Syabas saudara. Saya berasa kagum dengan 'ciri-ciri' latar belakang muzik yang saudara masukkan .

    BalasPadam
  2. Wah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.

    BalasPadam
  3. Saya sangat suka akan blog yang anda hasilkan ini. semoga anda berjaya menjadi penulis blog pada suatu hari nanti. Syabas!πŸ‘πŸ»

    BalasPadam
  4. Blog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya berharap agar anda menjadi blogger berjaya pada masa akan datang

    BalasPadam
  5. Penulisan blog yang sangat lengkap. Terkilan saya ketika membaca blog anda. Syabas diucapkan kepada saudara!!

    BalasPadam
  6. Penulisan blog yang sangat lengkap. Saya terkilan ketika membaca blog saudara ini. Syabas, saudara!!!

    BalasPadam
  7. Penulisan blog yang baik dan jelas.Segala penulisan dapat difahami dengan mudah.Tahniah!!

    BalasPadam
  8. Wahh!!menarik sungguh penulisan blog anda kerana penulisan dapat difahami dan jelas.

    BalasPadam
  9. Wahh!!menariknya penulisan blog yang anda hasilkan.Penulisannya dapat difahami dan jelas.

    BalasPadam
  10. Blog yang sangat menarik untuk dibaca. Teruskan menulis blog pada masa akan datang. Terima kasih di atas perkongsian anda!

    BalasPadam
  11. Wah! Sebuah pengalaman bercuti yang menakjubkan. Pengalaman bercuti yang agak mencabar!. Ianya sungguh menarik. Saya tertarik untuk pergi kesana suatu hari nanti. Penulisan anda juga agak kreatif, mudah dan menggunakan ayat yang gramatis serta memasukkan beberapa peribahasa yang sesuai. Syabas! Semoga anda menjadi seorang penulis blog yang berjaya suatu hari nanti.

    BalasPadam
  12. Saya sangat suka akan blog yang anda hasilkan ini. semoga anda berjaya menjadi penulis blog pada suatu hari nanti. Blog anda ini juga mempunyai lagu dan templat yang sesuai dengan blog anda ini. Syabas!πŸ‘πŸ»

    BalasPadam
  13. Hasilkan lebih banyak penulisan lagi..kongsikan pengalaman adi melancong di tempat2 lain juga ya..good job

    BalasPadam
  14. Good author...keep up the good job πŸ‘

    BalasPadam
  15. Good writing! Make the reader feels the adventure!

    BalasPadam
  16. Menarik...sungguh terang dan jelas...mudah untuk difahami...good luck and all the best

    BalasPadam
  17. Blog yang sangat menarik untuk dibaca. Semoga anda menjadi blogger berjaya pada masa akan datang dan ada adventur baru.

    BalasPadam
  18. Saya tertarik dengan blog yang anda tulis tapi dari hari pertama saya tidak nampak aktiviti solat. Adakah program ini tiada aktiviti solat?

    BalasPadam
  19. Woww menarik..πŸ‘πŸ‘ Teruskan usaha utk penulisan yang seterusnya..πŸ‘

    BalasPadam
  20. Great blog!!! Perkongsian yg sgt menarik Dan penuh ilmiah. Keep it up a good job..πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  21. Blog yang bagus harap berjaya pada masa akan datang

    BalasPadam
  22. Kalau ada gambar lagi menarik. Keep it up!!

    BalasPadam
  23. saya rakan kepada karmila, disini saya ingin mengulas bahawa blog anda sangat menarik. teruskan menulis content content yang menarik! πŸ‘

    BalasPadam
  24. Very good blog! Keep up the hard work :)

    BalasPadam
  25. Saya suka blog anda, tetapi lagi menarik jika anda meletakkan gambar anda bersama keluarga kerana saya tidak begitu mempercayainya. Ini kerana tiada bukti diletakkan. Harap anda tidak mengecam saya :(

    BalasPadam
  26. Wah! Blog yang menarik. Bagus sungguh anda meluangkan masa anda dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

    BalasPadam
  27. Blog yang sangat menarik dan boleh dikongsikan kepada ramai orang.Walaupun tidak meletakkan sebarang gambar tetapi pengalaman yang dirasai penulis turut memberi impak kepada pembaca.Syabas Adi!

    BalasPadam
  28. perkongsian yang menarik tetapi tiada gambar yang menyinari pengisian blog ini . apa-apa pun teruska usaha anda untuk menulis blog

    BalasPadam
  29. Wah! Setelah membaca blog saudara! Saya teringin kesana. Blog anda mempunyai penulisan yang mudah difahami. Tahniah.

    BalasPadam
  30. Blog yang sangat menarik untuk dibaca. Teruskan menulis blog pada masa akan datang. Terima kasih di atas perkongsian anda!

    BalasPadam
  31. Syabas saudara Adi kerana menceritakan tentang tempat tersebut tetapi tidak mempunyai gambar untuk menarik lagi perhatian orang ramai.

    BalasPadam
  32. Penceritaan yang menarik oleh saudara Adi tetapi lebih menarik jika ditambah beberapa gambar supaya menarik perhatian orang ramai.

    BalasPadam
  33. Blog yang sungguh menarik untuk di baca. Penulisan blog yang kreatif dan menarik perhatian pembaca

    BalasPadam
  34. Ewah! Menarik sekali perkongsian blog yang kamu sampaikan ini. Saya berharap agar kamu berubah.

    BalasPadam
  35. Pengalaman yang menarik. Penulisan juga mudah difahami. Harap dapat kongsi pengalaman yang lain lagi.

    BalasPadam
  36. Diharap penulisan anda tidak terhenti disini. Teruskan berkongsi pengalaman pengembaan anda yang lepas dan akan datang di blog ini. Hati-hati dengan kesilapan ejaan. Selamat maju jaya.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen anda :)